Monday, March 9, 2009

Status Pembinaan Tambahan Surau

09 Mac 2009: Bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, pihak surau telah menjemput Ustaz Musa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memberikan ceramah/tazkirah. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Surau, dimana beliau telah memaklumkan bahawa telah genap setahun tabung pembangunan surau dilancarkan. Jumlah kutipan sebanyak sekitar RM120 ribu dan telah digunakan sebanyak RM80 ribu lebih untuk menyiapkan bangunan setakat ini(rujuk gambar di bawah). Pihak surau masih mengalu-alukan sumbangan daripada tuan puan dan semua pihak yang perihatin serta berhajat memberikan sedekah jariah dalam membantu menyiapkan surau ini keseluruhannya.