Tuesday, March 9, 2010

Sambutan Maulidur Rasul : Muafakat, Ukhuwah dan Silaturahim.

07 Mac 2010 Bersamaan 21 Rabiulawal 1431H:

Surau Al-Muhajirin dengan kerjasama perbagai pihak seperti Sek Keb Kajang Utama (SKKU), Sek Men Keb Kajang Utama (SMKKU), Sek AGAMA Kafa Integrasi Al-Hidayah, Rukun Tetangga,Persatuan Penduduk Apt. Sutera, Surau At-Taqwa Taman Sri Mewah, Persatuan Kejiranan Peak208 dan Persatuan Penduduk Apt. Suria mengadakan majlis sambutan maulidur rasul. Program sambutan dimulakan dengan acara perarakan bermula di Sek Keb Kajang Utama dan berakhir di Surau. Majlis perasmian di sampaikan oleh YB DR Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi) disusuli dengan acara penyampaian penghargaan kepada beberapa tokoh yang berjasa kepasa surau ini antaranya Tn Hj Othman Suboh (mantan Pengerusi Surau) yang telah lama memberi khidmat kepada surau ini.

Turut hadir Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kajang Utama, En. Ahmad Faris bin Johan memberi semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar untuk turun menyertai perarakan. Kontingen SKKU meraih hadiah penghargaan kategori peserta teramai. Pemenang kategori sepandok ialah kontingen Sekolah Agama KAFA Al-Hidayah dan Kategori perbarisan oleh kontingen Rukun Tetangga.

Menurut Pengarah Program Tn Hj Razak, "Berkat pemuafakatan daripada semua yang terlibat seperti sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan penduduk menjadikan majlis pada kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Dianggarkan keseluruhan peserta seramai sekitar 1300 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Di dalam ucapan aluan Pengerusi Surau, Tn Hj Azahar Arshad, beliau mengucapan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang menyumbang wang, barangan dapur dan sebagainya. Tak lupa juga kepada semua ahli jawatankuasa dan jemaah-jemaah yang turut membantu dari awal program sehingga akhir.

Pengisian tazkirah agama disampaikan oleh Ustaz Solehen Mokhyi dari Sg Besar dan Nasyid disampaikan oleh Kumpulan FarEast dari Bandar Baru Bangi. Kumpulan ini masih baru di kalangan peminat nasyid, namun telahpun mengeluarkan albumnya yang turut dipromosikan dalam majlis ini.

Di akhir majlis, peserta disediakan dengan jamuan nasi minyak berlauk ayam kari yang dimasak secara gotong-royong oleh jemaah surau.

Sekian.

Pelajar-pelajar Sekolah ditempatkan di tingkat satu Surau
Ustaz Fuad (kiri) bersama VIP

Kanan: Wan peak208, En. Anuar (Pengerusi Peak208), Tn Hj Othman(Mantan Pengerusi),En. Ibrahim (mantan Bendahari), En Sobri (SU Apt. Sutera)

Tn Hj Othman bin Suboh menerima penghargaan daripada pihak surau yang disampaikan oleh YB Dr Shafie ADUN Bangi
Kanan: Tn Hj Sanep(Imam I), En. Mohd Faris (Guru Besar SKKU), YB Dr Shafie, Tn Hj Azhar (Pengerusi Surau) Tn Hj Razak (Timb. Pengerusi Surau)