Monday, August 3, 2009

Surau Al-Muhajirin kini Bertukar Wajah


Kajang Utama (27 Julai 2009), Surau Al-Muhajirin kini 80 peratus siap pembinaan bangunan tambahan dua tingkat yang dianggarkan kos perbelanjaaan RM600 ribu. Namun begitu, kos sebenar setakat ini sekitar RM 250 Ribu (angka tepat boleh dapatkan dari pengerusi tn Hj Othman Suboh) ini hasil usaha ajk dan ahli jemaah yang turut membantu membinanya secara gotong royong setiap hari minggu selama 7 bulan yang lalu. Pihak surau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang sanggup membantu pihak surau menyiapkan bangunan ini.


Gambar diambil pada 08 Mei 2009, Pembinaan bahagian atas, bahagian bawah siap dipasang tile, lampu, kipas dan cat. Bahagian bawah telah siap dan boleh digunakan untuk sembahyang jumaat. Pembinaan telah melepasi sasaran awal fasa pertama, siap bahagian bawah shj.

Tile, kipas, lampu dan cat disumbangkan oleh ahli jemaah surau.