Showing posts with label status. Show all posts
Showing posts with label status. Show all posts

Monday, August 3, 2009

Surau Al-Muhajirin kini Bertukar Wajah


Kajang Utama (27 Julai 2009), Surau Al-Muhajirin kini 80 peratus siap pembinaan bangunan tambahan dua tingkat yang dianggarkan kos perbelanjaaan RM600 ribu. Namun begitu, kos sebenar setakat ini sekitar RM 250 Ribu (angka tepat boleh dapatkan dari pengerusi tn Hj Othman Suboh) ini hasil usaha ajk dan ahli jemaah yang turut membantu membinanya secara gotong royong setiap hari minggu selama 7 bulan yang lalu. Pihak surau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang sanggup membantu pihak surau menyiapkan bangunan ini.


Gambar diambil pada 08 Mei 2009, Pembinaan bahagian atas, bahagian bawah siap dipasang tile, lampu, kipas dan cat. Bahagian bawah telah siap dan boleh digunakan untuk sembahyang jumaat. Pembinaan telah melepasi sasaran awal fasa pertama, siap bahagian bawah shj.

Tile, kipas, lampu dan cat disumbangkan oleh ahli jemaah surau.

Monday, March 9, 2009

Status Pembinaan Tambahan Surau

09 Mac 2009: Bersempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul, pihak surau telah menjemput Ustaz Musa daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memberikan ceramah/tazkirah. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Surau, dimana beliau telah memaklumkan bahawa telah genap setahun tabung pembangunan surau dilancarkan. Jumlah kutipan sebanyak sekitar RM120 ribu dan telah digunakan sebanyak RM80 ribu lebih untuk menyiapkan bangunan setakat ini(rujuk gambar di bawah). Pihak surau masih mengalu-alukan sumbangan daripada tuan puan dan semua pihak yang perihatin serta berhajat memberikan sedekah jariah dalam membantu menyiapkan surau ini keseluruhannya.




Sunday, February 15, 2009

Gotong-royong pada 08Februari2009

Pengerusi surau, Tn Hj Othman Suboh turut hadir memberi sokongan moral kepada ajk-ajk dan jemaah surau yang membantu pembinaan surau.
Gambar yang diambil pada 8 Feb 2009, status perkembangan pembangunan surau.

Sunday, February 1, 2009

Perkembangan projek pembangunan


Perkembangan projek pembangunan surau dirakam pada 01 Februari 2009. Menurut Pengerusi surau Tn Hj Othman Suboh, perbelanjaan pembangunan setakat ini adalah ~RM40 ribu lebih.

Perkembangan projek pembangunan surau 18Januari2009




Perkembangan projek pembangunan surau dirakam pada tarikh 18 Januari 2009(Ahad). Pembangunan dilaksanakan oleh 9 orang pekerja tetap mengikut keperluan dan inisiatif ahli jawatankuasa mengadakan gotong-royong menbantu pada setiap hari ahad. Kepada sesiapa yang berkelapangan amat dialu-alukan untuk membantu.


Sunday, January 11, 2009

Perkembangan Projek Pembangunan...


Perkembangan projek pembangunan surau dirakam pada tarikh 10 Januari 2009(Sabtu). Kerja-kerja mengali lubang untuk membuat tapak 'footing'.

Wednesday, January 7, 2009

Projek Pembesaran Surau Bermula...


Kerja-kerja meruntuhkan bumbung sementara untuk dibangunkan bangunan baru dua tingkat telah dimulakan pada 01 Januari 2009. Menurut Tn Hj Othman Suboh selaku pengerusi surau ini, dana yang terkumpul setakat ini sekitar 100 ribu lebih. Dengan kewangan yang ada, tidak mungkin dapat disiapkan keseluruhannya. Beliau berharap agar kewangan yang ada sekurang-kurangnya dapat disiapkan tingkat pertama dahulu secepat mungkin. Ini bagi memberi keselesaan kepada jemaah terutama semasa menunaikan sembahyang jumaat.
SUMBANGAN ANDA MASIH DIPERLUKAN... ini bagi mencapai sasaran 600 ribu untuk menyiapkan keseluruhan surau ini.