Thursday, December 16, 2010

FORUM PERDANA

"AWAL MUHARAM Vs TAHUN BARU"

Tarikh: 31 Dec 2010 (Jumaat)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Surau Al-Muhajirin Kajang Utama

Panel:
1. Tn. Hj. Azmi Abd Hamid (Presiden TERAS).
2. Ustaz Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri (Bekas Pensyarah USIM)

SEMUA PENDUDUK DIJEMPUT HADIR

Sunday, December 5, 2010

Jadual Pengajian Disember 2010


SAMBUTAN AWAL MUHARAM

Sambutan Awal Muharam 1432H akan diadakan pada 06 hb December 2010 dengan beberapa aktiviti ringkas.
Tentatif program:
6.00 petang - Bacaan Yassin dan Tahlil
7.00 petang - Doa akhir tahun, Solat Maghrib dan Doa awal tahun
7.40 malam - Tazkirah Oleh Ustaz Abdul Razak.
8.40 malam - Solat isyak
9.00 malam - jamuan

Kami daripada Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin Kajang Utama ingin mengucapkan selamat Tahun Baru kepada semua masyarakat khususnya umat Islam di seluruh dunia wasalam..

Sunday, June 20, 2010

PENGALAMAN DI GAZA BERSAMA SDR JAMULIDIN ELIAS

Saudara Jamaluddin Elias adalah salah seorang aktivis yang berada di atas kapal Mavi Marmara iaitu salah sebuah kapal dari beberapa buah kapal dalam konvoi Gaza Flotilla. Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa kapal tersebut diserang oleh komando Israel Laknatullah.

"PENGALAMAN DI GAZA BERSAMA SDR JAMULIDIN ELIAS"
TARIKH: 24 JUN 2010 (KHAMIS)
MASA: 8.00 MALAM
TEMPAT: SURAU AL-MUHAJIRIN KAJANG UTAMA


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT

Tuesday, March 9, 2010

Sambutan Maulidur Rasul : Muafakat, Ukhuwah dan Silaturahim.

07 Mac 2010 Bersamaan 21 Rabiulawal 1431H:

Surau Al-Muhajirin dengan kerjasama perbagai pihak seperti Sek Keb Kajang Utama (SKKU), Sek Men Keb Kajang Utama (SMKKU), Sek AGAMA Kafa Integrasi Al-Hidayah, Rukun Tetangga,Persatuan Penduduk Apt. Sutera, Surau At-Taqwa Taman Sri Mewah, Persatuan Kejiranan Peak208 dan Persatuan Penduduk Apt. Suria mengadakan majlis sambutan maulidur rasul. Program sambutan dimulakan dengan acara perarakan bermula di Sek Keb Kajang Utama dan berakhir di Surau. Majlis perasmian di sampaikan oleh YB DR Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi) disusuli dengan acara penyampaian penghargaan kepada beberapa tokoh yang berjasa kepasa surau ini antaranya Tn Hj Othman Suboh (mantan Pengerusi Surau) yang telah lama memberi khidmat kepada surau ini.

Turut hadir Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kajang Utama, En. Ahmad Faris bin Johan memberi semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar untuk turun menyertai perarakan. Kontingen SKKU meraih hadiah penghargaan kategori peserta teramai. Pemenang kategori sepandok ialah kontingen Sekolah Agama KAFA Al-Hidayah dan Kategori perbarisan oleh kontingen Rukun Tetangga.

Menurut Pengarah Program Tn Hj Razak, "Berkat pemuafakatan daripada semua yang terlibat seperti sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan penduduk menjadikan majlis pada kali ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Dianggarkan keseluruhan peserta seramai sekitar 1300 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Di dalam ucapan aluan Pengerusi Surau, Tn Hj Azahar Arshad, beliau mengucapan ribuan terima kasih kepada penderma-penderma yang menyumbang wang, barangan dapur dan sebagainya. Tak lupa juga kepada semua ahli jawatankuasa dan jemaah-jemaah yang turut membantu dari awal program sehingga akhir.

Pengisian tazkirah agama disampaikan oleh Ustaz Solehen Mokhyi dari Sg Besar dan Nasyid disampaikan oleh Kumpulan FarEast dari Bandar Baru Bangi. Kumpulan ini masih baru di kalangan peminat nasyid, namun telahpun mengeluarkan albumnya yang turut dipromosikan dalam majlis ini.

Di akhir majlis, peserta disediakan dengan jamuan nasi minyak berlauk ayam kari yang dimasak secara gotong-royong oleh jemaah surau.

Sekian.

Pelajar-pelajar Sekolah ditempatkan di tingkat satu Surau
Ustaz Fuad (kiri) bersama VIP

Kanan: Wan peak208, En. Anuar (Pengerusi Peak208), Tn Hj Othman(Mantan Pengerusi),En. Ibrahim (mantan Bendahari), En Sobri (SU Apt. Sutera)

Tn Hj Othman bin Suboh menerima penghargaan daripada pihak surau yang disampaikan oleh YB Dr Shafie ADUN Bangi
Kanan: Tn Hj Sanep(Imam I), En. Mohd Faris (Guru Besar SKKU), YB Dr Shafie, Tn Hj Azhar (Pengerusi Surau) Tn Hj Razak (Timb. Pengerusi Surau)

Sunday, February 21, 2010

Program Motivasi Remaja

21 Februari 2010: Biro Belia Surau Al-Muhajirin menganjurkan Program Motivasi Remaja yang di sertai oleh 52 peserta. Ustaz Fuad Ghazali merupakan pengarah program selaku ketua biro memberitahu bahawa ini adalah program permulaan untuk siri motivasi remaja. Beliau berhasrat untuk mengadakan siri seterusnya dengan penambahan aktiviti seperti qiamulai atau sebagainya.




Sunday, February 7, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H

SURAU AL-MUHAJIRIN KAJANG UTAMA
DENGAN KERJASAMA:
Sekolah Kebangsaan Kajang Utama
Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama
Sekolah Agama KAFA Intergrasi Al-Hidayah
Surau Taman Sri Mewah
Surau Quarters guru
Surau Laman Suria
Persatuan Penduduk Apartment Sutera
Rukun Tetangga Kajang Utama
Persatuan Penduduk Peak 208
Persatuan Penduduk Kajang Utama Sek 1 & 2

TARIKH : 07hb. Mac 2010 (ahad)

Atucara Majlis:
8.00pagi: Perarakan
8.45pagi: Rehat dan Sarapan pagi
9.30pagi: Acara Perasmian
Persembahan Nasyid
Penyampaian Anugerah Khas
11.00pagi: Ceramah Maulidur Rasul
12.00pagi : Persembahan Nasyid Penutup
12.30 tghri: Jamuan makan dan bersurai

Semua Muslimin-muslimat dijemput

SUMBANGAN TUAN-PUAN JUGA DIALU-ALUKAN
(Sumbangan wang atau barangan spt beras, gula, bahan mentah (ayam) dsb
KEPADA YANG BERMINAT UNTUK MENYUMBANG, SILA TULIS NAMA DAN MAKLUMAT SEPERTI DI BAWAH ATAU HUBUNGI TERUS KEPADA PENGERUSI (HJ.AZHAR – 019 6431707) ATAU SETIAUSAHA (EN.AZMAN-013 3631820)

Sunday, January 31, 2010

Muafakat Membawa Berkat

31hb Feb 2010, Gotong royong pertama bagi jawatankuasa baru sesi 2010/2013 bertemakan "Muafakat Membawa Berkat". Ahli kariah seramai sekitar 35 orang hadir membantu kerja-kerja pembersihan di luar masjid termasuk menebang pokok mati yang dirasakan agak merbahaya kepada jemaah. Sokongan padu daripada ahli kariah amat penting dalam menjayakan sesuatu program dan juga memperlihatkan wujudnya ukhuwah yang tinggi sesama ahli kariah.

Dari kiri: Azhar Arshad (Penegerusi), Arizal (Ketua Biro Penyelenggaraan dan Kebersihan), Mejar Rahman.




Jadual Pengajian Bulan Feb 2010

3-Feb(Rabu) - Ust Zaharum (Tajwid)
5-Feb(Jumaat) - Ust Ibrahim (Kuliah Magrib)
6-Feb(Sabtu) - Ust Abu Hisham al-Besuti (Kuliah Magrib)
7-Feb(Ahad) - Ust Yusri USIM (Kuliah Suboh)
10-Feb(Rabu) - Ust Kausar (Kuliah Magrib)
12-Feb(Jumaat) - Ust Hasnol (Kuliah Magrib)
14-Feb(Ahad) - Ust Ann Wan Seng (Kuliah Magrib)
14-Feb(Ahad) - Ust Ghani Abdul Rahman (Kuliah Suboh)
16-Feb(Selasa) - Ust Luqman (Kuliah Magrib)
19-Feb(Jumaat) - Ust Ibrahim (Kuliah Maghrib)
21-Feb(Ahad) - Ust Usman (Kuliah Suboh)
23-Feb(Selasa) - Ust Khairilv (Kuliah Magrib)
24-Feb(Rabu) - Ust Saifullah (Kuliah Magrib)
26-Feb(Jumaat) - Ust Drs Ahmad Termizi sempena Maulidulrasul (Maghrib)