Thursday, August 1, 2013

Majlis Sambutan Eidul Fitri 1434 H



1.0  Pengenalan
 Surau Al-Muhajirin merancang untuk mengadakan sambutan hariraya EidulFitri 1434H secara besar-besaran dengan melibatkan seluruh NGO yang terdapat di Taman Kajang Utama. Pengerusi Surau Al-Muhajirin merangkap Pengerusi Majlis Gabungan NGO Kajang Utama memberi cadangan ini agar persatuan-persatuan yang terlibat dapat saling mengeratkan lagi silaturahim dan ukhwah dikalangan ahli-ahli persatuan. Ini merupakan sambutan hariraya yang pertama Surau Al-Muhajirin dalam masa 3-4 tahun kebelakangan ini yang diadakan secara besar-besaran. Setiap Persatuan telah diamanahkan untuk memasak dan menyelenggarakan menu masing-masing.

2.0  Objektif
 2.1  Berkongsi kegembiraan suasana hariraya bersama masyarakat disekitar.
2.2  Menghubungkan silaturahim jemaah surau dengan masyarakat berbilang bangsa disekitar.
2.3  Mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ajk dan ahli NGO-NGO.

3.0  Penglibatan
 3.1         Surau Al-Muhajirin Kajang Utama
3.2         Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) Kajang Utama
3.3         Pas Cawangan Taman Kajang Utama dan PASTI
3.4         Persatuan Kebajikan Penduduk Kayangan
3.5         Sekolah Agama KAFA Intergrasi Al-Hidayah
3.6         Persatuan Penduduk Apartment Sutera
3.7         Kelab Basikal Taman Kajang Utama
3.8         Surau At-Taqwa Taman Sri Mewah
3.9         Persatuan Kejiranan Peak208
3.10        Persatuan Penduduk Kajang Utama Sek 1 & 2
3.11        Persatuan Penduduk Bukit Mewah Fasa 8A

4.0  Tetamu Yang Di Jemput

4.1  YB Ustaz Sallehen bin Mokhyi, Exco Kerajaan Negeri Selangor
4.2  YB Ustaz Shafie bin Ngah, ADUN Bangi
4.3  YB Dr. Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Serdang
4.4  Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat (PAIDHL)
4.5  AJK Masjid Jamek Kajang
4.6  Balai Polis Bandar Teknologi
4.7  Seluruh penduduk Kajang Utama dan sekitarnya
 Anggaran kehadiran tetamu 3000 orang.

 5.0  Tentatif
 

31 Ogos 2013,
9.00 – 11.00 mlm
Forum Perdana/Ceramah Agama dengan kerjasama TV al-Hijrah
01 September 2013,
SAMBUTAN HARI RAYA
11.00pg – 3.00ptg
Jamuan Makan Sambutan hariraya



 6.0 AJK 

PENGARAH
TN HAJI AZHAR BIN MOHD ARSHAD
TIMBALAN PENGARAH
EN. ABU BAKAR BIN ALIAS
SETIAUSAHA         
EN. AZMAN BIN SHAFII
BENDAHARI
MOHD NAZRIE KAMALUDIN
PENGACARA MAJLIS           
EN. ABU BAKAR BIN ALIAS
AJK MENU
EN IBRAHIM MARTIBI
Kamarudin Mohd
TN HAJI ABDUL RAZAK BIN MOHD LATIF
WAN SALAHUDDIN
Nurul Aqmaryuna bt Mafug Lai
Aidilazlina bt Samsuri
Munirah Sodikin
HUSSIN BIN IBRAHIM
ABDULLAH IBRAHIM
ZAKI@FATHULLAH BIN OTHMAN
Hj AHMAD Azizan BIN ZAKARIA
Mejar(B) adnan
AJK CERAMAH
Rosli Yunus
EN.  MOHD ARIZAL BIN ALIAS
AJK PROTOKOL
Hj AHMAD Azizan BIN ZAKARIA
AJK PERSIAPAN TEMPAT
EN. AHMAD ZIZAN BIN ARIFSHAH
Nur Azman Ikhsan
AJK PUBLISITI       
EN. AZMAN BIN SHAFII
AJK SIARAYA
EN. ARIZAL BIN ALIAS
AJK KEBERSIHAN
ROSLE ABD HAMID
JURUKAMERA      
TN. HJ. AZIZI BIN ADNAN OMAR

7.0 Menu

1.
Satay 5000 cucuk
2.
Aneka SUP
3.
Pulut + Rendang Ayam
4.
Aneka Biskut Raya + Kuih
5.
Lemang + Rendang
6.
Kuah Kacang + Nasi Himpit
7.
Kuah Lodeh (Lontong)
8.
Kari Kambing + Roti Arab
9.
Martabak RM1
10.
Rojak
11.
Aneka Buah
12.
Air sirap, air cendol






Masak Bubur Lambik dan Juadah Iftar

Sambungan aktiviti ... Gotong royong masak juadah berbuka dan bubur lambok untuk program remaja "Pembangunan Modal Insan sempena Ramadhan 1434H" 

 
 



Penyampaian sumbangan wang tunai dan barangan dapur kepada 20 orang penerima yang terdiri daripada ibu tunggal dan  yang memerlukan.



Wednesday, July 31, 2013

Program Pembangunan Modal Insan

Ucapan En Adram Musa, Ahli Majlis MPKj dan Penyampaian cenderahi kepada 30 orang peserta Tadarus. Dipengerusikan oleh En Anuar Ismail. Turut hadir Pengerusi Surau En Hj Azhar Arshad.
 Motivasi disampaikan oleh En Nadzir Helmi yang merupakan penceramah bebas.
 Sebahagian peserta qiamullai yang telah selesai dan bersahur

Imam Muda Aran bersama jemaah bersahur setelah selesai qiamullai.

Ziarah Kebajikan



Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini, beberapa ajk surau al-muhajirin menziarahi jemaah yang kini keuzuran. Diketuai oleh Abu Bakar dan ajk Hj Azizan, Arizal, Nur Azman dan setiausaha, Azman menghulurkan sedikit bantuan kewangan dan barangan dapur. Kami sempat menziarahi tiga keluarga, Hj Abu, Hj Hamidin (di apt Seraya Groundfloor) dan Isteri arwah wak indon (apt. Cemara tingkat 4).

Wednesday, July 24, 2013

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN SEMPENA RAMADHAN 1434H



IFTAR , TAZKIRAH, EDARAN BUBUR  LAMBUK, SOLAT TARAWIH,
TADARUS DAN QIAMULAI
Objektif:
Pembangunan modal insan remaja dengan melibatkan remaja dalam aktiviti  mengimarahkan masjid dan surau.

Tarikh: 27-28 Julai 2013 (sabtu/ahad)   
Temapt: Surau Al-Muhajirin Kajang Utama
 
NOTA : PROGRAM REMAJA TETAPI PENYERTAAN TERBUKA.
*IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH DAN QIAMULLAI: TERBUKA UNTUK SEMUA
*TADARUS : PESERTA 20 ORANG REMAJA LELAKI DAN 10 REMAJA WANITA

SASARAN PESERTA: 200 orang (Remaja)

TENTATIF:

2.00 Petang
Masak Bubur Lambuk
5.00 Petang
Solat Asar dan Agihan Bubur Lambuk
5.40 Petang
Pendaftaran (Remaja Sahaja)
6.00 Petang
Majlis Perasmian
Tazkirah sebelum berbuka
7.30 Malam
Iftar, Berbuka Puasa, Makan dan Solat Maghrib
8.30 Malam
Solat Isyak
9.00 Malam
Tazkirah/Majlis Ilmu
9.30 Malam
Solat Tarawih
10.30 Malam
Tadarus Al-Qurandan penyampaian saguhati kepada peserta tadarus. (Remaja)
11.30 Malam
Taklimat sebelum tidur (Remaja)
4.00 Pagi
Qiamullai bersama Imam Muda ARAN
5.00 Pagi
Sahur
6.00 Pagi
Solat Suboh dan Kuliah Suboh
8.00 Pagi
Bersurai

Thursday, July 11, 2013

Status Laporan Masalah Pokok kepada MPKj

Masalah pokok besar dijalan Jalan Seksyen 3/13 bersebelahan surau yang dikuatiri tumbang apabila hujan leabat dan ribut amat merbahayakan kenderaan jemaah yang datang ke surau. Dahan rendah juga menggangu kenderaan yang melaluinya. Beberapa orang jemaah surau mengutarakan kepada ajk supaya mengambil tindakan. Oleh itu satu laporan telah dibuat secara online e-aduan MPKj mengenai masalah tersebut. AJK juga telah menganjurkan gotong-royong memotong dahan rendah yang menggangu laluan. Namun begitu masih memerlukan penyelenggaran dengan menbuang dahan-dahan besar yang boleh menyebabkan pokok tersebut mudah tumbang.
sekian.

Wednesday, July 10, 2013

Tahlil Kelompok

Gotong royong masak untuk program tahlil kelompok yang telah dianjurkan pada 7 Julai 2013.









GOTONG ROYONG PADA 30JUN2013

Gotong royong membersihkan kawasan dalam dan luar surau.  Persiapan bagi menghadapi Ramadhan 1434H.