Wednesday, July 31, 2013

Program Pembangunan Modal Insan

Ucapan En Adram Musa, Ahli Majlis MPKj dan Penyampaian cenderahi kepada 30 orang peserta Tadarus. Dipengerusikan oleh En Anuar Ismail. Turut hadir Pengerusi Surau En Hj Azhar Arshad.
 Motivasi disampaikan oleh En Nadzir Helmi yang merupakan penceramah bebas.
 Sebahagian peserta qiamullai yang telah selesai dan bersahur

Imam Muda Aran bersama jemaah bersahur setelah selesai qiamullai.

Ziarah Kebajikan



Dikesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini, beberapa ajk surau al-muhajirin menziarahi jemaah yang kini keuzuran. Diketuai oleh Abu Bakar dan ajk Hj Azizan, Arizal, Nur Azman dan setiausaha, Azman menghulurkan sedikit bantuan kewangan dan barangan dapur. Kami sempat menziarahi tiga keluarga, Hj Abu, Hj Hamidin (di apt Seraya Groundfloor) dan Isteri arwah wak indon (apt. Cemara tingkat 4).

Wednesday, July 24, 2013

PROGRAM PEMBANGUNAN MODAL INSAN SEMPENA RAMADHAN 1434H



IFTAR , TAZKIRAH, EDARAN BUBUR  LAMBUK, SOLAT TARAWIH,
TADARUS DAN QIAMULAI
Objektif:
Pembangunan modal insan remaja dengan melibatkan remaja dalam aktiviti  mengimarahkan masjid dan surau.

Tarikh: 27-28 Julai 2013 (sabtu/ahad)   
Temapt: Surau Al-Muhajirin Kajang Utama
 
NOTA : PROGRAM REMAJA TETAPI PENYERTAAN TERBUKA.
*IFTAR, TAZKIRAH, SOLAT TARAWIH DAN QIAMULLAI: TERBUKA UNTUK SEMUA
*TADARUS : PESERTA 20 ORANG REMAJA LELAKI DAN 10 REMAJA WANITA

SASARAN PESERTA: 200 orang (Remaja)

TENTATIF:

2.00 Petang
Masak Bubur Lambuk
5.00 Petang
Solat Asar dan Agihan Bubur Lambuk
5.40 Petang
Pendaftaran (Remaja Sahaja)
6.00 Petang
Majlis Perasmian
Tazkirah sebelum berbuka
7.30 Malam
Iftar, Berbuka Puasa, Makan dan Solat Maghrib
8.30 Malam
Solat Isyak
9.00 Malam
Tazkirah/Majlis Ilmu
9.30 Malam
Solat Tarawih
10.30 Malam
Tadarus Al-Qurandan penyampaian saguhati kepada peserta tadarus. (Remaja)
11.30 Malam
Taklimat sebelum tidur (Remaja)
4.00 Pagi
Qiamullai bersama Imam Muda ARAN
5.00 Pagi
Sahur
6.00 Pagi
Solat Suboh dan Kuliah Suboh
8.00 Pagi
Bersurai

Thursday, July 11, 2013

Status Laporan Masalah Pokok kepada MPKj

Masalah pokok besar dijalan Jalan Seksyen 3/13 bersebelahan surau yang dikuatiri tumbang apabila hujan leabat dan ribut amat merbahayakan kenderaan jemaah yang datang ke surau. Dahan rendah juga menggangu kenderaan yang melaluinya. Beberapa orang jemaah surau mengutarakan kepada ajk supaya mengambil tindakan. Oleh itu satu laporan telah dibuat secara online e-aduan MPKj mengenai masalah tersebut. AJK juga telah menganjurkan gotong-royong memotong dahan rendah yang menggangu laluan. Namun begitu masih memerlukan penyelenggaran dengan menbuang dahan-dahan besar yang boleh menyebabkan pokok tersebut mudah tumbang.
sekian.

Wednesday, July 10, 2013

Tahlil Kelompok

Gotong royong masak untuk program tahlil kelompok yang telah dianjurkan pada 7 Julai 2013.









GOTONG ROYONG PADA 30JUN2013

Gotong royong membersihkan kawasan dalam dan luar surau.  Persiapan bagi menghadapi Ramadhan 1434H.













Monday, July 8, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem

Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Kareem kepada semua penduduk khususnya di Kajang Utama yang beragama Islam.
Daripada : Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin Kajang Utama


Beberapa hadis yang menerangkan kebaikan, keistimewaan dan kelebihan bulan Ramdhan ini ialah:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".

(Hadis Sahih - Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".
(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:
"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." 
(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan."
(Riwayat At-Tirmidzi)


Dari Salman r.a, katanya: Rasulullah s.a.w. telah berucap kepada kami (dalam salah satu khutbahnya) pada hari yang akhir dari bulan Syaaban sabdanya :

"Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi (bulan Ramadhan) yang besar kemuliaannya, lagi berkat.  Bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan (malam Lailatul Qadar).
"Bulan yang puasanya dijadikan Allah satu perintah yang diwajibkan dan (selain dari itu) disunatkan mengerjakan sembahyang tarawih pada malam harinya".
"Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".
"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. " Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".
"Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.
Ada pun dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:
Pertama - mengucap:

Kedua - banyakkan beristigfar dengan menyebut :

istigfar
Ada pun dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan itu pula ialah: 

Pertama (banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:

doa
"Dan selain itu, (sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.
(Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).

sumber hadis : Islamgrid.gov.my, 

Antara amalan-amalan yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan ialah:
1) Membaca dan bertadarus Al-Quran.
2) Menunaikan solat Tarawih.
3) Memberi sedekah.
4) Banyakkan berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
5) Menjamu orang berpuasa berbuka puasa.

Banyakkanlah melakukan amalan yang baik kerana pada bulan Ramadhan ini amalan kita akan dilipat gandakan. Di samping itu, bulan Ramadhan ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mengurangkan berat badan dan mendapatkan kesihatan yang lebih baik. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.