Showing posts with label Dana pembangunan. Show all posts
Showing posts with label Dana pembangunan. Show all posts

Sunday, January 4, 2009

Sumbangan Tuan/Puan Diperlukan...

FADHILAT SEDEKAH:

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya." (H/R. Bukhari).

Allah Ta'ala berfirman, “ Perumpamaan orang-orang yang menafakahkan harta mereka pada jalan Allah adalah seumpama sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan bagi siapa yang disukainya dan Allah maha luas kurnianya dan lagi maha mengetahui. " . {Al Baqarah (2) : 261}

“ Sesiapa yang sanggup diantara kamu menjaga dirinya daripada api neraka hendaklah ia bersedeqah walau hanya dengan sebiji kurma, dan sesiapa yang tidak mempunyai apa-apa hendaklah ia mengucapkan perkataan yang baik." (H/R. Ahmad dan Muslim)

Sedeqah mempunyai kelebihan yang amat banyak, diantaranya adalah seperti berikut: " Menggandakan kebaikan, ganjaran yang besar, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah, menyelamatkan diri dari api neraka, memanjangkan umur, melembutkan hati, melenyepkan perasaan takabur & angkuh, dan akhirnya menerima ganjaran amalan yang berkekalan dan berterusan "

Sumbangan Boleh Disalurkan Terus ke
Akaun Bank Islam
“SURAU AL-MUHAJIRIN ” 12092010006576

Keterangan lanjut sila hubungi:
Pengerusi : Hj. Othman Suboh ~ 012-692 4747
Setiausaha : En. Azhar Mohd. Arshad ~ 019-643 1707
Bendahari : En. En. Ibrahim Martibi ~ 013-394 5682
Urusetia Dana : En. Azni Abdul Wahab ~ 012-562 4944

Tabung Dana Pembangunan

Projek Tabung Dana Pembangunan ini adalah suatu projek pembesaran surau bagi menampung jumlah kehadiran jemaah untuk sembahyang Jumaat yang semakin meningkat. Penyelesaian jangka pendek telah diusahakan dengan memasang tiga buah kanopi. Penyelesaian ini tidak banyak membantu apabila hujan lebat. Oleh kerana itu maka pihak kami bercadang untuk membina semula bahagian tersebut dalam bentuk bangunan kekal ( 2-tingkat ) dengan keluasan 11,700 kaki persegi. Kos pembinaan adalah dianggarkan sebanyak RM 600,000.00. Ruang bangunan tersebut boleh menampung sekurang-kurangnya 1,000 jemaah dalam satu masa. Projek ini telah dilancarkan pada 20 Mac 2008 oleh YB Dr Shafii Abu Bakar ADUN Bangi. Kami mensasarkan tempoh masa 2 tahun untuk mendapatkan dana secukupnya untuk memulakan pembinaan.
Ahli jawatankuasa surau telah membuat perancangan untuk mengumpul dana bagi pembinaan tambahan bahagian belakang surau yang dianggarkan berjumlah RM 600,000.00.Tempoh Sasaran kutipan DANA adalah selama 2 tahun. Pihak surau sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari LHDN supaya penyumbang dapat pengecualian cukai.