Sunday, January 4, 2009

Tabung Dana Pembangunan

Projek Tabung Dana Pembangunan ini adalah suatu projek pembesaran surau bagi menampung jumlah kehadiran jemaah untuk sembahyang Jumaat yang semakin meningkat. Penyelesaian jangka pendek telah diusahakan dengan memasang tiga buah kanopi. Penyelesaian ini tidak banyak membantu apabila hujan lebat. Oleh kerana itu maka pihak kami bercadang untuk membina semula bahagian tersebut dalam bentuk bangunan kekal ( 2-tingkat ) dengan keluasan 11,700 kaki persegi. Kos pembinaan adalah dianggarkan sebanyak RM 600,000.00. Ruang bangunan tersebut boleh menampung sekurang-kurangnya 1,000 jemaah dalam satu masa. Projek ini telah dilancarkan pada 20 Mac 2008 oleh YB Dr Shafii Abu Bakar ADUN Bangi. Kami mensasarkan tempoh masa 2 tahun untuk mendapatkan dana secukupnya untuk memulakan pembinaan.
Ahli jawatankuasa surau telah membuat perancangan untuk mengumpul dana bagi pembinaan tambahan bahagian belakang surau yang dianggarkan berjumlah RM 600,000.00.Tempoh Sasaran kutipan DANA adalah selama 2 tahun. Pihak surau sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari LHDN supaya penyumbang dapat pengecualian cukai.



No comments:

Post a Comment