Sunday, January 4, 2009

Pengenalan

Surau AL-MUHAJIRIN ini telah siap dibina pada tahun 1997, hasil dari sumbangan orang perseorangan, pertubuhan dan badan kerajaan dengan kos berjumlah RM 500,000.00 dan ketika itu boleh memuatkan 400 jemaah.
Pada tahun 1998 surau ini telah ditauliahkan oleh JAIS untuk membolehkan surau mendirikan solat Jumaat. Semenjak itu Surau Al-Muhajirin ini telah menjadi tumpuan masyarakat Islam di kawasan berhampiran kerana kedudukannya yang strategik menyebabkan pertambahaan jemaah begitu ketara sekali sehingga melimpah keluar ketika solat Jumaat. Ini menyebabkan pihak kami terpaksa membesarkan bahagian belakang surau serta memasang kemah. Ia hanya boleh menampung sehingga lebih kurang 550 jemaah sahaja. Oleh kerana surau kekurangan DANA, bahagian tambahan tersebut tidak dapat dibuat dengan sempurna dan ia masih lagi tidak dapat menampung jemaah yang semakin bertambah.
Oleh kerana itu maka pihak kami bercadang untuk membina semula bahagian tersebut dalam bentuk bagunan kekal ( 2-tingkat ) dengan keluasan 11,700 kaki persegi. Kos pembinaan adalah dianggarkan sebanyak RM 600,000.00. Ruang bagunan tersebut boleh menampung sekurang-kurangnya 1,000 jemaah dalam satu masa.


Lokasi

No comments:

Post a Comment