Pengisian yang diberikan oleh Peceramah daripada Kelab Pewaris merangkumi beberapa aspek sepert bagaimana ingin menjadi insan yang cemerlang, tip-tip untuk mencapai kecemerlangan, kecemerlangan mengikut pandangan masing-masing.
Pada keseluruhannya, peserta yang hadir amat berpuas hati dengan pengisian yang diberikan.
Pukul 4.00 pagi peserta dikejutkan untuk bangun berqiamullai bersama Ustaz Hasbullah sehingga suboh. Pengisian diteruskan dengan solat suboh berjemaah serta kuliah suboh. program berakhir dengan sarapan pagi . Peserta lelaki sahaja yang beriqtikaf di masjid manakala peserta perempuan tidur dirumah masing-masing dan datang semula pada 4.00pagi.
Pecahan peserta mengikut kategori umur:
10 tahun – 28 orang,
11 tahun – 39 orang,
12 tahun – 30 orang'
13 tahun – 39 orang,
14 tahun – 20 orang,
15 tahun – 9 orang,
16 tahun – 3 orang



