Sunday, May 29, 2011

BICARA REMAJA & QIAMULLAI

28 - 29 Mei 2011 : Biro Remaja Surau al-Muhajirin Kajang Utama telah melaksana program "BICARA REMAJA (Siber' 11) dengan kerjasama Kelab Pewaris Serdang. Alhamdulilah penyertaan amat memberangsangkan, diluar jangkaan urusetia. Pihak Urusetia hanya mengsasarkan 100 orang peserta sahaja. Penyertaan keseluruhan adalah seramai 168 orang (115 lelaki dan 53 perempuan).

Pengisian yang diberikan oleh Peceramah daripada Kelab Pewaris merangkumi beberapa aspek sepert bagaimana ingin menjadi insan yang cemerlang, tip-tip untuk mencapai kecemerlangan, kecemerlangan mengikut pandangan masing-masing.

Pada keseluruhannya, peserta yang hadir amat berpuas hati dengan pengisian yang diberikan.

Pukul 4.00 pagi peserta dikejutkan untuk bangun berqiamullai bersama Ustaz Hasbullah sehingga suboh. Pengisian diteruskan dengan solat suboh berjemaah serta kuliah suboh. program berakhir dengan sarapan pagi . Peserta lelaki sahaja yang beriqtikaf di masjid manakala peserta perempuan tidur dirumah masing-masing dan datang semula pada 4.00pagi.

Pecahan peserta mengikut kategori umur:
10 tahun – 28 orang,
11 tahun – 39 orang,
12 tahun – 30 orang'
13 tahun – 39 orang,
14 tahun – 20 orang,
15 tahun – 9 orang,
16 tahun – 3 orang

1 comment:

  1. SAYA BAGI PIHAK SEKRETARIAT BANGI BANDAR ILMU MENGALUKAN MAKLUMAT DARI PIHAK MASJID/SURAU UNTUK DIMUATKAN DI BLOG BANGI BANDAR ILMU SEPERTI RESOLUSI BAGI KONVENSYEN MASJID-SURAU YANG LALU.
    UNTUK SEBARANG INFORMASI, BOLEH DIHANTAR KE EMEL, sekre.bbi@gmail.com. dan yang paling penting, adalah digalakkan pihak surau untuk mewujudkan JADUAL KULIAH DALAM BENTUK GOOGLE CALENDAR, UNTUK KEMUDAHAN SHARING. SYUKRAN.

    "MEREALISASIKAN BANGI SEBAGAI BANDAR ILMU"

    ReplyDelete